13th Jun 2022 : Refleksi DDR dan Nilai
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Bertarikh 13 Jun 2022 bersamaan dengan hari kelahiranku, sebuah hari yang begitu indah kerana seorang pensyarah yang berkaliber menbuat sesi ' live sharing ' di Mekah kerana menunaikan ibadah umrah. Beliau yang bernama Dr. Rosseni Din. Sejujurnya, perasaan yang bercampur aduk sebelum beliau memulakan kelas kerana tidak mengetahui cara beliau mengajar and personiliti beliau. Bermacam-macam soalan seperti, " Macam garang Dr. Rosseni ni ?" dan pelbagai soalan yang bermain di minda. Namun setelah kelas bermula tepat pukul 2.30 petang, alangkah bahagianya saya kerana beliau adalah seorang yang sangat lembut perwatakannya dan sifat keibuan yang jelas terpancar dari cara beliau mengajar. Disinilah bermulanya perjalanan saya bersama-sama beliau sebagai seorang pelajar Saujana.
Intipati yang beliau kongsikan amatlah menarik perhatian saya. Beliau memulakan kelas dengan mengenalkan topik-topik yang bakal diajar. Apabila beliau berkata ada 8 topik yang beliau akan ajar, jantung saya berdegup laju kerana saya tahu kemampuan saya dalam belajar. Agaklah mustahil bagi saya untuk kekal fokus jika begitu banyak topik yang akan diajar. Tetapi tanggapan saya tidak seperti apa yang disangkakan kerana beliau memudahkan proses pemahaman saya tentang kesemua topik-topik itu.
Tanpa membuang masa, ayuh saya kongsikan apa yang telah saya pelajari dan akan saya ceritakan berdasarkan pemahaman saya. Topik-topik adalah seperti berikut: -
DDR Model yang terbahagi kepada beberapa topik: -
Topik 1: Pengenalan Penyelidikan Pembangunan Media
Topik 2: Model ID – Model Reka Bentuk Pengajaran & Pembelajaran
Topik 3: Teori Pembelajaran
Topik 4: Strategi Pembelajaran Bermakna
Topik 5: Kaedah Pembelajaran Berorientasikan Masalah & Berasaskan Projek
Modul Nilai mempunyai 3 topik asas iaitu:
Topik 1: Pendidikan Teknologi Disepadukan Nilai
Topik 2: Pendidikan Disepadukan Nilai
Topik 3: Nilai dalam Pembentukan Masyarakat Sejahtera
Saya kini tidak lagi takut melihat topik-topik diatas kerana telah diterangkan secara mudah oleh Dr. Rosseni. Mari kita lihat bersama-sama.
Topik satu berfungsi sebagai pengenalan kepada Model DDR, yang akan kita ketahui lebih lanjut sepanjang kesemua topik-topik yang lain..
Dengan mempelajari asas pembangunan media, saya lebih bersedia untuk mengenal pasti isu-isu berbangkit atau mungkin langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani sesuatu masalah bukan sekadar dalam pembangunan media, terapi dalam korteks sebagai seorang guru. Harus kita mengetahui seorang guru harus fleksibel dalam apa jua keadaan. Walaupun saya bukan seorang pendidik terapi saya mempunyai pengalaman mengajar untuk beberapa bulan ketika saya dihantar untuk praktikal dahulu. Jadi izinkan saya cuba untuk ' relate ' dengan pengalaman saya. Sebagai seorang guru, penggunaan media dalam pelajaran mereka adalahi cara untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik untuk pelajar mereka. Haruslah diketahui, seseorang pelajar itu unik dari semua personaliti dan gaya pembelajaran yang berbeza. Manalah tahu jika menggunakan media boleh menjayakan kelas dengan lebih lagi. Tidak salah mencuba! Jika seorang guru benar-benar komited untuk membantu pelajar mereka berjaya, adalah menjadi keutamaan dan keperluan bagi menjayakan pengajaran mereka. Topik ini mengajar saya untuk merancang apa yang ingin diajar, menilai untuk mengukur tahap kejayaan objektif, cara untuk membantu pelajar mencapai objektif.
Topik dua dan tiga merupakan topik yang mudah difahami bagi pendapat saya kerana bantuan dari kelas-kelas terdahulu yang menerangkan tentang ' instructional design ' dan juga teori-teori yang telah saya pelajari ketika saya membuat saujana muda di Management & Science University ( MSU) di dalam subject ' Philosophy of Education '. Masih segar teori-teori itu bermain dikepala saya kerana kesemua teori-teori tersebut harus digunapakai ketika menjalankan praktikal terdahulu. Namun pada pendapat saya, sejak kita kearah ' Student-centredness ', teori constructivism amat paling sesuail dipraktikkan pada era ini. Tidak terkecuali topik empat dan lima kerana sebagai seorang guru atau bakal menjadi tenaga pengajar, tugas utama kita adalah untuk mengajar. Jadi harus kita sematkan dalam hati dan jiwa kita bahawa apa sahaja yang kita lakukan, tidak lain tidak bukan untuk mendorang kepada pengajaran dan pembelajaran yang sempurna buat para pelajar kita. Jadi teori-teori ini dapat dijadikan panduan dalam kita memerhati sekeliling seperti apa yang sesuai dan tidak bagi pelajar-pelajar kita.
Model Nilai ini menekankan penyepaduan nilai dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Saya percaya ia adalah satu inisiatif untuk melatih anak-anak muda dalam mebentuk masyarakat yang sihat dan sejahtera. Seperti mana yang kita sedia tahu, golongan anak muda merupakan aset yang perlu kita didik kerana merekalah penyumbang kepada pembangunan negara dan berusaha ke arah mencapai revolusi Perindustrian ke-5. Dalam erti kata lain, model ini adalah panduan untuk guru mengetahui tentang kepentingan menyematkan nilai ke dalam pelajaran mereka. Sewatu saya menjalankan tanggungjawab saya sebagai guru praktikal dahulu, saya tidak pernah leka dalam memastikan nilai-nilai diterapkan dalam pelajaran agar secara tidak langsung, anak-anak murid saya dapat menyerap ilmu pengetahuan di samping disematkan ilmu nilai-nilai murni.
Dengan ini, itulah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih buat Dr. Rosseni kerana ilmu yang diberikan kepada saya tentang pentingnya perkara-perkara tersebut. Sehingga kita berjumpa lagi untuk perkongsian saya seterusnya.
Pesanan saya buat pembaca-pembaca sekalian,
" Ilmu Allah itu Luas, jangan sempitkan pandangan kita dengan apa yang kita ketahui sahaja. Tetaplah merendah diri dan
kekal istiqamah"
Assalamualaikum W.B.T.

27th Jun 2022 : Refleksi Model UDIN @ RENGKAS
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia buat pembaca-pembaca yang dirahmati Allah S.W.T sekalian,
Bagaimanakah keadaan anda? Saya mendoakan semoga pembaca-pembaca semua dimewahkan rezeki dan selalu berada dalam keadaan baik sentiasa. Pada kali ini, agak ada kelainan kerana apa yang saya kongsikan bukan apa yang saya dengar, tetapi apa yang saya baca. Saudara-saudari tidak perlu bimbang, apa yang bakal saya kongsikan ini merupakan apa yang telah dikepilkan oleh Dr. Rosseni di blog beliau. Saya tidak mahu bercakap panjang lagi, marilah sama-sama kita lihat apa sebenarnya topik kita pada hari ini.
Mesti anda tertanya-tanya, siapalah Udin ini, jiran sebelah rumah ke? Tidak sama sekali!
Model UDIN ini adalah akronim daripada perkataan ' Universal Design for Agile Development ' atau model ' Reka Bentuk Sejagat dan Pembangunan Tangkas ' yang merupakan satu model reka bentuk atau dalam erti kata lain pembangunan media atau lebih dikenali sistem pembelajaran dan pengajaran bantuan computer. Mudah bukan? Saya yakin, ramai saudara-saudari disini mempunyai idea tersendiri tentang apa yang bakal saya ceritakan. Tambahan lagi jika saudara saudari merupakan pendidik.
Mari kita lihat fasa-fasa dalam Model UDIN @ RENGKAS ini :-
Fasa 1: Analisis & Kebolehlaksanaan
Fasa 2: Reka Bentuk & Pembangunan
Fasa 3: Implementasi & Penyenggaraan
Fasa 4: Impak & Permodelan
Hasilnya, saya dapat memahami dengan lebih baik tentang peringkat pembangunan Model UDIN. Semasa fasa pertama, ia membincangkan analisis dan kebolehlaksanaan. Pada ketika ini, ia adalah relevan dengan senario e-pembelajaran semasa. Bagi pengajar dan pelajar, pendidikan dalam talian memberikan satu set cabaran yang unik. Hasilnya, kecekapan dan keberkesanan program akan dikekalkan dan diperkukuh. Kuiz dalam talian hanyalah salah satu daripada contoh yang boleh digunakan untuk mengajar pelajar dalam talian. Ia akan meningkatkan produktiviti program dan membantunya mencapai potensi sepenuhnya. Kuiz dalam talian berplatformkan Kahoot dan Testmoz adalah salah satu daripada banyak cara yang saya gunakan untuk mengajar bahasa Inggeris kepada murid saya. Secara tidak langsung, kita menjadikan proses pengajaran kita lebih menarik. Konklusinya tidak lain tidak bukan ialah setiap ciri dan prosedur ini mesti diambil kira sebelum kita memulakan apa sahaja yang ditujukan untuk pelajar masa kini.
Seterusnya, mari kita lihat dari sudut reka bentuk dan pembangunan. UDIN merupakan salah satu daripada beberapa paradigma reka bentuk dan pembangunan media. Fasa 2 memperkenalkan beberapa perkara yang perlu ditangani. Pertama, produk atau media yang dibangunkan perlu menepati spesifikasi atau keperluan yang telah ditetapkan dalam Fasa 1. Terdapat 5 elemen dalam Fasa 2 iaitu Kandungan, Teori, Strategi, Pedagogi dan Nilai. 5 elemen ini perlu diserapkan dalam reka bentuk dan pembangunan sesebuah media. Mempunyai instrumen sebagai senarai semak untuk memastikan sub-elemen setiap elemen disepadukan akan memastikan fasa reka bentuk dan pembangunan yang berjaya. Elemen ini perlulah mengikut kesesuaian media yang hendak didirikan. Ia bagi menguji dan menyemak setiap proses reka bentuk yang hendak dijalankan. Ini dapat dilihat apabila membentuk sesuatu media kita perlu lah memastikan ia boleh diguna pakai dengan baik.
Mari kita teruskan dengan fasa 3, yang membincangkan implementasi dan penyelenggaraan sistem. Seperti yang kita sedia maklum, sebelum mereka bentuk sesuatu media pendidikan, ia mesti diuji secara menyeluruh. Medium sedia untuk diterima pakai selepas ujian khusus telah selesai. Keperluan tambahan peringkat ini adalah untuk menjamin bahawa media yang digunakan untuk mengajar bahan sentiasa dikemas kini.
Terakhirnya tidak lain tidak bukan adalah impak dan permodelan dalam fasa keempat. Fasa keempat ini merujuk kepada output bagi pelaksanaan penilaian yang dibuat daripada data kajian yang dikumpul pada akhir pelaksanaan media yang dibangunkan pada fasa sebelumnya iaitu fasa pelaksanaan. Semasa fasa pelaksanaan, data dikumpul untuk menilai media yang dibangunkan supaya penyelenggaraan dapat diteruskan. Ini dapat dilihat dimana apabila setiap maklumat dan data telah dikumpulkan bagi tujuan kajian akan dimasukkan dalam perisian SPSS bagi menganalisi data lalu diuji kebolehpercayaan dengan nilai Cronbach Alpha. Dalam erti kata lain, setiap perkara harusla diikuti prosedurnya bagi memastikan ia boleh diguna pakai dalam sesuatu kajian.
Jadi bagaimana wahai saudara-saudari sekalian? Mudah bukan?
Semoga perkongsian saya berdasarkan apa yang telah dikongsikan oleh Dr. Rosseni dapat dijadikan penambahbaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kita demi anak bangsa yang bakal menjadi pemimpin dunia. Sekian sahaja buat kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi untuk perkongsian saya seterusnya.
Pesanan saya dipetik oleh Imam Malek RA buat pembaca-pembaca sekalian
"Bukan ilmu yang seharusnya mendatangimu, tapi kamu yang seharusnya mendatangi ilmu." - Imam Malik